Wednesday 9 November 2011

Buah-buahan Tempatan

 Senarai buah-buahan tempatan di Malaysia:

 •Belimbing
•Betik
•Cempedak
•Ciku
•Durian
•Langsat, duku dan dokong
•Limau
•Mangga
•Manggis
•Nangka
•Pisang
•Rambutan
•tembikai


Buah-buahan terbahagi kepada dua kumpulan:
(a) Buah-buahan tak bermusim
(b) Buah-buahan yang bermusim


Buah-buahan yang tidak bermusim ini dapat diperolehi disepanjang tahun, walaubagaimanapun pada satu-satu masa tertentu terdapat pengeluaran yang berlebih-lebihan dari masa-masa lain. Diantara jenis buah-buah yang tidak bermusim yang senang diperolehi ialah pisang, betik, nenas, jambu, belimbing, tembikai, nangka dan lain-lain lagi. 


Buah-buahan yang bermusim boleh didapati sekali atau dua kali setahun Musim buah-buahan utama bermula dari pertengahan Jun hingga kepertengahan bulan Ogos. Musim buah-buahan kedua biasanya kurang jelas kerana pengeluaran hasilnya berkurangan dan biasanya terdapat dalam bulan Desember hingga Februari. Musim-musim ini juga mungkin berlaku lebih awal atau terlewat diantara 1 – 2 bulan bergantung kepada tempat atau lokasi. Buah-buahan bermusim yang terkenal ialah Durian, rambutan, duku, langsat, duku langsat dan manggis.


Marilah menyanyi lagu ini:


No comments:

Post a Comment